Posts

PANDUAN PENJAGAAN TAYAR MUDAHKAN PERJALANAN BALIK KAMPUNG

Image
Berikut adalah senarai 13 panduan mudah penjagaan tayar untuk memudahkan perjalanan balik kampung anda. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian ruginya tidak terkata. Terutama sekali bila hendak memandu jauh dan banyak pula destinasi hendak dituju. Pastikan tayar kenderaan anda dalam keadaan yang terbaik. 1. Kebiasaannya, tayar kereta boleh bertahan sehingga 50,000 kilometer. Sebaiknya, minta pakar tayar untuk menasihati tentang petunjuk penggunaan-benang pada tayar anda, dan ganti kepada tayar baru jika ia telah sampai ke tahap benang kelihatan. 2. Jika sudah sampai ke tahap berkenaan, elakkan menukar satu tayar demi satu tayar kerana ia akan memberi kesan kepada pemanduan anda. Boleh membahayakan keselamatan keluarga. 3. Sebaiknya, semua tayar baru digunakan perlu dalam satu saiz, kadar kelajuan yang sama dan mempunyai daya tahan berat seperti yang asal. 4. Jika rim kereta anda bengkok akibat termasuk lubang, ia akan menjejaksan prestasi tayar. Malah, penggunaan saiz rim y...